SLIM, SIHAT & CANTIK

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ya Allah Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)".

Saturday, March 10, 2012

DOGACI - MINYAK ARGAN TULEN



Minyak argan ialah minyak yang di hasilkan dari biji pohon argan yang tumbuh secara meliar di Maghribi (Morocco). Kini pokok argan ditanam secara ladang bagi diambil minyaknya yang sangat berkhasiat. Minyak argan digunakan sejak ratusan tahun dahulu oleh golongan bangsawan Maghribi untuk kejelitaan tubuh dan ianya digelar sebagai ‘liquid gold of Morocco’.

Minyak argan mengandungi hampir tiga kali ganda vitamin E semulajadi berbanding minyak zaitun. Ianya kaya dengan fenol, karotena dan asid lemak tidak tepu. Minyak argan secara klinikal terbukti dapat dapat meningkatkan keanjalan kulit dan hidrasi kulit hanya dalam waktu empat minggu penggunaan.

Pengguna minyak argan akan dapat melihat berkurangnya kedutan garis garis halus di sekiar mata setelah penggunaan selama 2 minggu. Lebih daripada 80 peratus wanita yang diuji kaji menunjukkan peningkatan hidrasi kulit dan keanjalan kulit setelah penggunaan minyak argan selama 1 bulan.

Apabila disapukan pada kulit, ia boleh menghalang kelenjar sebum daripada merembeskan minyak secara berlebihan, mengembalikan kulit anda ke tahap yang optimum. Kandungan anti-bakteria minyak Argan juga akan menghapuskan bakteria yang terdapat di permukaan kulit.

Selain mencantikkan kulit, minyak Argan juga berfungsi merawat masalah kulit yang membebankan termasuk jerawat, ekzema dan psoriasis. Simptom penyakit seperti kulit terlalu kering, kegatalan yang melampau serta kulit menjadi kemerah-merahan dan terlalu sensitif dapat dirawat atau dikawal dengan penggunaan yang konsisten.

Minyak Argan sangat berkhasiat sebagai makanan tambahan kerana komposisi Minyak Argan adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan Minyak Argan telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak zaiton. Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an. Minyak Argan berfungsi melindungi kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa yang sama meneutralkan radikal bebas, mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses pemulihan parut. Ianya merupakan produk yang terbaik untuk melembutkan kulit yang kering, termasuklah menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis pilatoris.


KHASIAT ARGAN OIL:

-Kandungan Vitamin E yang tinggi, 3 kali ganda lebih banyak dalam Minyak Zaitun. mengandungi lebih daripada 80% mono dan asid lemak poli tak tepu, yang mempunyai kesan yang baik pada keadaan reumatik dan penyakit kardiovaskular.
-Membantu mengawal tahap darah kolesterol. Kajian telah menunjukkan bahawa 16g (2 sudu teh) Minyak Argan memenuhi keperluan harian badan untuk asid linoleik penting, dan kandungan tinggi asid linoleik dalam Minyak Argan membantu mengawal tahap darah kolesterol.
-Menjadikan kulit lebih muda, segar, halus dan cerah berseri
-Berfungsi sebagai pelembab semulajadi kerana kaya akan asid lemak essential dan sterol, amat mudah di serap kulit tanpa menimbulkan rasa berminyak
-Mengawal keguguran rambut dan anti kelemumur
-Merawat kulit kepala dan rambut agar rambut lebih lebat, kuat dan bersinar
-Memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah dan membaik pulih membran sel yang rosak pada rambut
-Melindungi dan merawat kuku agar cantik, kukuh dan tidak mudah patah
-Melembutkan kutikel
-Mengatasi masalah jerawat. Membantu mengawalatur penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat.
-Mengatasi masalah jeragat, dan kesan parut di semua bahagian kulit.
-Menghilangkan selulit dan garis rekahan pada perut akibat mengandung.
-Untuk merawat ekzema, psirosis, chicken-pox dan pelbagai masalah kulit
-Menyekatakan tona kulit muka yg tidak sekata
-Mempunyai pengaruh yang baik terhadap hati dan pencernaan.
-Merawat sakit sendi

100% asli tanpa sebarang campuran bahan kimia, pewarna dan pewangi. Selamat digunakan oleh semua peringkat umur.


Pure Argan Oil 50ML RM79
HARGA PROMOSI RM65

No comments:

Post a Comment